Mengapa kami?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebab-Sebab 
Mengapa Anda Harus Membeli 
Nasi Lemak Kami


1
Kejujuran & keutuhan
Kami mengambil berat tentang kejujuran dan keutuhan di dalam apa jua bidang atau pekerjaan yang kami lakukan. Semua perjanjian bisnes adalah telus dan akan dilaksanakan ان شاء الله

2
Asli & lazat
Kami berasal daripada Singapura dan boleh menyajikan makanan melayu yang asli dan lazat. Makanan kami adalah terdekat rasanya dengan sajian yang terdapat di Malaysia dan Singapura berbanding restoran melayu atau Indonesia yang lain di Madinah walaupun sukar dan mahal untuk mendapatkan bahan-bahan di sini

3
Bahan-bahan yang segar
Semua pesanan makanan disiapkan segar beberapa jam sebelum penghantaran pada hari yang sama dan itu adalah sebab tertentu kami memohon pesanan minimum 10 bungkus dari pelanggan kami

4
Murah & fleksibel
Menu makanan kami semuanya murah berbanding dengan restoran-restoran di seluruh Madinah dan kami juga lebih fleksibel untuk menyesuaikan dengan permintaan pelanggan

5
Kebersihan dijamin
Kami mengambil berat tentang kebersihan dan menjamin semua operasi memasak dijalankan dengan kebersihan di dalam fikiran. Pemasak hanya satu orang. Dapur selalu rapi dan bersih. Pemasak selalu memakai sarung tangan dan tukar jika sentuh yang bukan makanan. 

6
Menepati masa
Kami bangga dalam ketepatan masa dan memahami bahawa anda mempunyai kumpulan anda untuk dijaga dan diberi makanan pada waktu tertentu. Jadi kami pastikan semua pesanan sampai tepat pada masanya, lengkap, bersih dan segar.


ان شاء الله

Comments

Popular posts from this blog

Tentang al-Madinah al-Munawwarah